Sunday, March 27, 2011

SABAR ITU INDAH...



Hari terasa panjang..
hati terasa berat..
hidup terasa sunyi..
NAMUN bila satu perasaan murni
menyapa..
satu suara kecil kedengaran berbisik..
SABAR...SABAR..SABAR..
hati seperti terpujuk..
merelakan dan meredhakan..




Wednesday, March 2, 2011

rendah diri..

hari ni bnyk pula n3..
dalam bnyk2 hari..hari ni dah kurang sibuknyer..
so boleh laa update blog yg berhabuk ini..
kali ni..nak share pasal konsep "rendah diri"
terbaca dalam satu web..
===============================================================
Rasa rendah diri (inferiority feeling) adalah satu bentuk kesedaran diri pada peringkat kognitif,

### di mana seseorang itu menyedari akan kekurangan yang ada,
tetapi tidak pula dibelenggu oleh penyesalan yang biasa timbul
daripada kekurangan itu.###

MALAH, kekurangan yang dimiliki itu pula bertindak sebagai satu inisiatif untuk menimbulkan motivasi dalaman bagi mencetuskan perubahan proaktif dan pencapaian positif.

Inilah yang seharusnya dipelajari bagi menjamin suasana kesihatan mental sempurna.

terpanggil utk menaip n3 kali ni adalah berdasarkan pengamatanku secara ujung2 ajer..
sbb pada firasat ramai yang confuse ttg rendah diri...

ada yang menyifatkan sebagai
satu yang negatif dan dibelenggu oleh sifat itu..



"Bagi yang berada di atas, tidak salah untuk bersikap rendah diri"
"Mengaku kesilapan diri bukan nya lemah tetapi ia memberi ruang untuk
memujuk hati agar bermuhasabah...akan kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki...

====================================================================================

Student ku

Semester ni dah week 10...
diarah utk mengajar 3 subjects..
1. mechanics
2.mechanics of machine
and of course
3."industrial robotics" yg merupakan subject wajib utk diri ini,,,
=======================================================

n3 kali ni nak citer pasal student ku..
subtopic utk subjek mechanics ada about WORK POWER n ENERGY..
cikgi ni yang suci murni..ask student:

cikgi: ok guys, can u give me example types of ENERGY..

so.. ramai aaa jawab tenaga nuklear laa, elektrikal, mechanical..

dalam bnyk2 tenaga ni..ada sorang student tu "LELAKA"
cikgi tgk cam mengelamun aje..
so point to him..

Cikgi : ok you, apa lagi types of energy yg belom mentioned.
Student: err..err.. TENAGA BATIN madam...(sambil senyum2)..

halamakss....."how should i respond ni?" kataku dlm hati...

class dah bingit..semua gelak...
last2 cikgi ckp "mmm gud answer...tapi we not gonna learn that type of energy
for this semester"..."energy tu pending dulu ye"..."GERAM n nak tergelak pun ade"



Wednesday, February 23, 2011

Mencari redha Allah

...dah lama xbuka blog ini..
cuba membuat yang terbaik pada
amanah yg diberikan ALLAH..
"kerja dan cahaya mata"
hingga terlupa untuk
menjenguk blog ku ni...

pagi tadi menerima email en suami...
Alhamdulillah terima kasih kerna mengingatkan..
so nak share with all frenzz...
"untuk mendapat redha Allah, perlu mendapat redha dari en. suami"..
HOW???
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?

Menantu : Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.


Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.




Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?

Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).




Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.




Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.
Berpandukan sejarah tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.



Thursday, November 18, 2010

aidiladha

ari ni cuti lagi sempena aidiladha...
danish tgh best tido...pinjam netbook
ayah ngah..dah lamaa xupdate blog...
dapat khabar gembira drpd kak...
nak dpt baby baru..insyaAllah bulan ogos
nanti deliver...hehehe tok ayah n tokwan
dpt cucu every year...
tahniah buat imam muda zharfan..dapat no.1
dlm kelass...

semalam umah tok ayah busy..org ramai kumpul
nk buat korban...5 ekor lembu tok ayah tumbang..
danish excited nk g tgk taapii..umi dia lak..
xberani so dr jauh aje tgk...sblm tu danish dah
buat site visit ngan ashu n pak su...hhuhuhuu..






Thursday, August 12, 2010

Marhaban Ya Ramadhan



Salam Ramadhan...pejam celik dah masuk ramadhan...



camne laa ramadhan tahun ini...


monday mlm danish xnak baring asyik nak dukung ajer..


sampai umi nak solat danish scream..



sbb umi letakkan danish..huhuuu..






umi : danish, danish baring ye..umi nak solat maghrib dah lewat ni sayang...



(bercakap sambil baringkan danish)



Danish: Uuuuwaaaaaaa...aaaaaaa..aaaaaaaa..AAAAAAAAA



umi : xnak laa camni..umi kn solat..nanti berdosa..alaaaaaaa,,,,kita muslim kn solat sayang,,






aku terus angkat takbir...tp danish tetap uuuwaaaaaaaaaaa...



setiap kali nak sujud aku akan pegang kaki dia..senyap kejap after that terus uwwaaaa...



mmm sampai umi siap solat.....






esok g kejaa...cite laa dekat kawan perihal danish semalam...



n barulah aku tau yang boleh dukung baby masa perform solat..



Alhamdulillah..Allah tunjuk kan ku jalan..sbb gusar juga camne nak handle



danish..aku xperlu gusar ramadhan ini..InsyaAllah terawih tahun ini lebih



bermakna..huhuhuu mungkin akan terjadi terawih bersama danish...






bercakap ttg ramadhan, i just got an email which can be shared..

Stay healthy...dun eat too much..

makan kurma bnyk skit boleh kekalkan tenaga..
























Thursday, August 5, 2010

TAHNIAH Buat sahabat..

This week rasa very tired..bdn rasa sakit2...
mgkin letih n x cukup rehat..mmm or
saja kompromi pd diri sendiri.. but
memang x laaaraaatt..uuwaaa..

lupakan pasal keletihan itu..sbb
rasa gembiraa..which tumpang gembira..the correct word...
my colllegue was appointed to be HOD...automatically my HOD..
hehhehheheee...
she deserve that sbb very commited to her works...
i believe she can do well with this new post...chayyo chayyo..




Wednesday, July 28, 2010

Adik bungsu ku dah kawenn..


















baru ari ni berkesempatan ( even majlis ni held during my confinement period which dah 3 bulan huhu..) nak coret memori majlis perkahwinan adik bongsu kami..ashu a.k.a adik mar a.k.a otte'....



dalam xsedar my lillte sister dah 25 tahun..

dan yang pasti abg ucop

yang jadi pilihan hati..setiaaa beb..cheewaaahhh...


Dark purple adalah kaler pilihan mempelai..huhuhu..


ni kira dah abih pk ni..ingat lagi...umi teman kan ashu cari butik



pengantin...masa tu pegnant kan danish 7+ months...


akhirnya jumpa baju ni..nice kaler..terus umi suruh ashu amik...


mmm tapi kami lupa tgk baju utk pengantin lelaki....aaiiseyy


bila ashu nak pg ukur size at that time dah very hampir tarikh majlis..


baju pengantin lelaki cuma size m aje..haarruuuu...tapi diorg ni cool..


take immediate action cr kain yang sama kaler n g tempah...kawen ari


sabtu, ari khamis (if not mistaken) baju br siap..huhuhu...daasaatt..


itu laa dugaan nk kawen..heheheee....mmm akhirnya dua2 pengantin look


stunning during their unforgettable day....RAJA SEHARI>>>










..........Umi doakan agar ashu beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat......



......b a wonderful wife to your husband....n remember toleransi dan hormat menghormati is very important.....dan semoga dapat zuriat yang ramai n soleh solehah..wakakakaaa...x sabar nak tgk ashu j.r lakss...












Tuesday, July 27, 2010

kembung perut


this week my lil' hero kurang ceria..
tdo pun xlena..xselesa..sian dia..
nak tdo kena ulit2 dulu..ngaji2..zikir2..
mayb letih travel last week..
perut lak kembung..so bila mlm
umi akan tukar baju, pakai barut, urut kaki,
labu betis nyer yg kiut n cinonit tu..
tapi umi lupa nak tuam..if tok wan tau
musti kena marah,,sbb buat penat aje tok wan buat tuam
utk danish umi x guna...hehe..sowy tok wan...


Tuesday, July 13, 2010

bahagia kah?


aku seakan terpanggil nk menaip pasal n3 ni...
aku believe every single makhluk nak bahagia hepi dlm hidup..betul x..
mmm...tapi pengukuran kebahagiaan itu terlalu subjective...bagi aku laa..
tidak wajar utk kita menilai kadar kebahagiaan hidup seseorang..
dan tidak wajar menjadikan kita sebagai guideline utk measure other's hapiness..
mmmm...i'm babling bcause ada seorg hamba Allah yg aku kenal suka mengukur
n membeza-beza happiness rate teman2nya...

sekiranya teman ber masalah usahlah digembar gemburkan masalah nya
dijadikan isu n modal ketika breakfast n di wall facebook..
sebaliknya be a trusted person n shoulder they can cry on..
ingatlah Allah menguji hambanya dalam bentuk yg berbeza2..not every person
deal with same ujian...langit tak selalu cerah..

usahlah mengukur kebahagiaan teman BUT sentiasalah berdoa utk kebahagiaan teman..

ok adiosss...nk lipat comforter yg br diangkat lak...

Wednesday, June 23, 2010

M.D.A

ari ni g kojon ngantuk tahap yoda...

td pagi ada morning talk..layanzzz....

semalam cik tok (nama manja abahnye kasik) sbb 7 hari dah botak hasil kreativiti tok ayah, dia syok duk buat observation..xnak tdo..

umi nya ngantuk thp gaban ni ter sengguk n terhangguk2...

tapi layaannzzzz sampai kul 4 pagi...adessss...

Tuesday, June 22, 2010

new chapter with my lil' hero






  1. Jejaman dulu pepagi leh lagi aku tarik selimut...tgk jam awal lagi..argghh tido balik laa another 5 minutes..huhuhu..tu citer jaman dulu...


  2. Skrg bila ada danish (a.k.a ANISHH cam kak nurin tu panggil) kena korban laa..my sweet sleeping time tu...huhu..tapi x ape...everything utk lil one..n i believe all moms out there pun sama..


  3. Bgn tido, mandi, solat subuh, siap2 anipom nak kojon..n my danish pun akan bergerak2,..mata akan buka tutup buka tutup...tgn lak akan gapai2 cam nak kait buah tp not like buah yang ashu n mak ckp tuu yer... n of course milky time..mulut nyer yg kiut tu terbuka..cari2 mana niiii..if lambat..hehehe..eeeeeeeeiiiiiiiii..uuuwaaaa....so sblm danish buat vokal training pepagi ni btr bersiap sedia to feed him...kekadang tu ada juga rasa rindu nak dgr suaranya yang nyaring tu...

  4. After danish kenyang, umi nya akan cepat2 masukkan nanny beg (which dah siap kan mlm td if not akan terkial2 laa pagi ni) n stok susu kat dlm keta..

  5. After settle dgn penuh kasih sayang campur takut2 aku akan angkat danish n letak kat OGIE da baby carrier..Danish yang dah kenyang akan nyenyak tido sampai umah nanny (ummi na)...Alhamdulillah..
  6. dah kiss2 danish aku akan pecut ke tempat kojon...if lambat nanti balik pun lambat juga...so tadi aku try new road....it takes only 20 minutes n save 10 minutes ...mmm esok n seterusnya that's is my new way to work...
  7. Ptg balik kojon, if b4 6 o'clock balik umah dulu kebooossh mandi, wangi2 then g amik my hero..masa tu winduu tahap gaban dah...
  8. Malam danish akan tido x pun duduk atas itsy bitsy rocker sambil tgk uminya makan...malam kn settle baju danish n other stuff for tommorow....
  9. My pray is agar danish jadi anak yang baik, sabar n x meragam...Ya Allah permudahkanlah urusan ku bersama permataku...peliharalah dan lindungilah kami Ya Allah..

Sunday, June 20, 2010



I'm Back....


huhu dah lama x update blog ni...



kat sebelah ni scan pic. masa 7th month pregnant..Alhamdulillah semua nya selamat..


Syukur Ya Allah kerana mempermudahkan kelahiran pertama ku....


nak kongsi xperience skit huhuhu..on 16th April my father in law x sihat n dimasukkan ke wad..so my hubby n i pagi2 dah bertolak balik nak tgk ayah...at that time my pregnancy is 38 wks..masa dalm keta aku dah rasa contraction...slightly..huhu masa tu xtau pun tu contraction..ingat sakit perut memulas.... around 11 a.m sampai umah my mother in law...terus g toilet n oh my god...ada blood but cinonit ajer....call my sis..dia ckp masa nak bersalin dulu dia cam tu gak...it takes a day baru bersalin..so aku legaaa...n dah x rasa sakit...aku sembang2 buat xtau...dlm hati keep telling my self x beranak lagi aku ari ni...afternoon masa nak solat zohor blood kluar banyak dari previous..so told my hubby...camne nak buat ni..he brought me home n after makan sate ( which beli masa nak balik..aku tgk terliur aje seblum bersalin nak rasa juga) so my hubby stop by n beli skit..after maghrib baru we went to hospital..i'm still x rasa sakit...but takut terbersalin kat umah paraah lak...2cm baru...my hubby drove to KMC...sampai sana check lagi..4cm...BUT wad semua penuh...huhu..so we went to MUIP as suggested by midwife kat situ..jam dah kul 12 a.m..my hubby bgtau let eat at kedai mamak first,..nanti nk guna tenaga banyak...so we makan2..


jeng jeng..sampai MUIP..check 4cm juga...so tunggu...wad kat situ selesa so confident skit..aku jenis hati kecik..so level of fear tu x leh ckp..dlm kepala duk pk cmane nanti nak push camne..selamat ke x...2 a.m check dah buka 6cm...doc dtg pecahkan aminiotic fluid by 3.30 aku dah rasa sakit...8cm..nak tunggu ke 10cm..contraction makin kerap..dlm kul 4.30cm dah 10cm n doc told me to push..push punya push...Alhamdulillah..5.08a.m baby selamat dialahirkan...uwaauwaaaa uwaaa..suara nya memecah keheningan subuh....yang pasti umi nya menarik nafas legaaa....akhirnyaaaa...

Wednesday, February 17, 2010

mim alif lam sin....


dah lama x update blog ni..


ari ni br masuk opis...lately xleh tdo..


ayakss..dtg keja rasa high semacam aje..


mak buyung kn panjat tingkat 4...


sampai tingkat 2 dh mengah..oksigen oksigen..


lama off ari ni rasa mim alif lam sin yg amat..


tgk quiz student mechanics..blom marking lg rupanya..


ayyaakkss bnyk salah laa plak bebudak nii...


ilang mood nak marking lagiii..tolak tepi..


mim alif lam sin lagiii....


mata lak kuyuuu mcm ikan puyuuu...



this word mim alif lam sin a.k.a MALAS...


kalau dibela n belai memang kita x akan kemana...


to be great insan this word kn buang jauh2...


secerdik mana pun kita if mim alif lam sin tertanam dlm jiwa dan urat2 nadi..maka natijah nya adalah STATIk..pegun...xada perubahan..


mmm...moralnyer...erase this word from kamus hidup kita..


say NO tu mim alif lam sin...cheewwaaahh bagi semangat pada diri sendri jugaa niiii...positive postive...


kalau boleh ku sekeh..telah lama ku sekeh n peheng org yang duk bela n belai mim alif lam sin dlm diri mereka..tapi apakan daya..aku hanya mampu nasihat n berdoa..BUT aku rasa aku dah sampai breaking point where hati dah kering...mmmm such a waste...




Tuesday, January 12, 2010

anak2 sedaraku..


tiba-tiba petang2 mcm ni..tringat laks kat anak2 sedara..tok penghulu abang zharfan dah g school..excited mama cakap...school belah petang so leh bgn lambat lagi laaa...yeaa yeaa..sbb mlm2 tok penghulu slalu stay up kdg2 sampai pagi...buat apaa...main kapal kebaammm(aeroplane)...td umi jemi call kul 11 pagi pun abg zharfan xbangun lagi..overtime bw kapal kebaam agaknya semalam..hehehe
adik zahiran laks mcm biasa cool ajer..hehehee..
anak akak aku yg satu lagi lak...abg sirhan...hehehe..tok wan ckp bila ngemas2 jumpa koleksi bekas telur pecah hasil usaha abg sirhan..ade ler dekat 5-6 tok wan citer..hehheee..

yang ni suka main kat dapur..bila tanya abg sirhan nak jd chef ke...a'aa jawabnyer sambil sibuk main periuk n senduk tok wan dia..yang ni paling rapat ngan tok ayah..muka pun sama..tapi tok ayah lahir bulan gelap sikit..huhuhuu...sisterszz dun tell tok ayah tau, umi ckp gini..kuang kuang..
abg sirhan ni cukup sayang ngan adik dia..adik zahin...kalau adik zahin nangis jer..cepat2 gi amik botol susu nak bg kat adik..suka kiss adik tapi last2 mesti bagi prezeng berbentuk spank kat adik..uuuwwwaaaaaaaaa......si kecik.....mm adik zahin kecik lagi...ari ni baru nak msk 3 bulan...baik aje...tapi adik zahin ikut tok penghulu abg zharfan n adik zahiran..suka stay up..so kesian tgk mak....confirm kurus lepas ni...huhuuu...


anak adik aku..kak nurin..yang ni kelakar skit..suka ajuk org...hehehe..sape2 yang dia dgr n tgk tidur berdengkur...abis laaa...

pantang orang tanya...abah tido camner..."krooh kroohh" dia ckp sambil senyum..then gelak heheheee sambil tutup mulut dia...nangis pun tutup mulut...cute aje yang bunga ni sorang...this year 2010..tok ayah n tok wan bakal dapat 2 org lagi cucu..adik nurin n baby umi jemi..huhuhuu..jadi 7 org sumer..makin riuh laa umah tok wan n tok ayah....supriseeee...

Sunday, January 10, 2010

Menyusu sambil berbaring..


mmm..aku blom ada experience lagi menyusu sambil berbaring ni..sbb baby pun blom ada lagi huuhuuu...as a preparation i love to read and ask people's opinion..

tgk pada experience kakak2 aku yg berpantang kat kampung...

mak aku memang xbagi menyusu sambil berbaring...so aku nengok all my sis kesian..

sambil tersengguk2 breastfeed baby...

tapi ada laa jugak kalu mak aku xade diorang baring...huhuuuu..

aku wondering juga why xboleh...actually i like to ask why and why..

masa kecik2 dulu ayah aku slalu surrender nak layan aku...

tanya punya tanya...mak aku ckp takut mom hempap baby, baby lemas, in case kalau

mom tertidur masa breastfeed...

maknanya ganaz btoi laa mom tido sampai xingat baby ada kat sebelah..

????????????safety precaution mungkin..........taapiiii??????

aku surf..tgk kat susuibu.com..adalaa forumers yg comment on this issues...

so paste kat sini some opinions that might be useful to us....


"ini spital yang ajar ni masa saya bersalin dulu... masa saya gi course lactation pun diajar sekali lagi mengenai hal ni.
1. Pertama...awak baringkan baby dulu..
2. pas tu baring sebelah dia dan mengiring sedikit(bukan mengiring sangat sampai macam nak sua breast tu masuk mulut baby yer..)..
3. lepas tu sendal bantal kat belakang awak dan awak macam bersandar sikit pada bantal belakang badan.
4. pas tu mengiringkan baby supaya mengadap awak..ampu belakang badan baby supaya dia pun tak lenguh..kalau tak selesa, ambil bantal dan sendal belakang baby cam awak sendal belakang awak tu..
(eerrr paham ker ni ekkk ) make sure kepala baby dan badan baby selari tau..baru la kedua mummy & baby selesa dan dapat rest..so susu akan lebih banyak keluar.."


"mmmm..menyusu berbaring mudah bg ibu dan anak.....pastikan perut dgn perut selari.....perut kita dan perut anak ngiring angle sama...ngadap each other...."


so bila tgk kaedahnyaa..kira ok laaa menyusu sambil baring ni..

baby pun selesa..both dpt benefitss....


Sunday, December 6, 2009

Tahajjud...


dah lama nak kongsi pasal ni...
dulu zaman blajar2 dulu ada juga buat..
skrg ni bila dah keja..life is changing from one phase to another...
too much duniawi stuffs...mmmmm....dah lama tinggalkan...
deep in heart ada juga azam nak buat..do it in istiqamah way..
but...bila nak start ni..
post ni i tulis to remind me and frennzzss..

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia:
1. Jauh daripada segala penyakit.
2. Lahir kesan takwa pada wajahnya.
3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusiad.
4. Percakapannya mengandungi hikmat.
5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat:
1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-serib.
2. Dipermudahkan hisab.
3. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilatd.
4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

mmm..bila tgk benefits rasa rugi kann if we x buat...
how about start it over tonight...mmmmm..mmm....
insyaAllah...chayyo chayyo...

Thursday, November 19, 2009

Gout oh Gout


Pengenalan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.


  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
    Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout


  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi


Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:



  • Kegemukan

  • Darah tinggi

  • Hiperlipidemia

  • Diabetes


Rawatan



Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.



  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.

  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.


Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat

Tuesday, November 17, 2009

musim tengkujuh...

ari ni hujan mencurah2...
mata redup semacam aje..
lps lunch godaan tu x tertahan rasanyer..
taapi bila tgk kerja menimbun atas meja ni..
paper exam x marking lagi ni...ish ish..
alangkah bahagianyer andai ari ni
ari cuti..cuti merdeka ke cuti buruh ke
asalkan cuti...xder ler kena duk kat dlm opis nii..
tiba2 tringat selimut n bantal kat umah...
tiba2 plaks....mmmmm...mmmm..zzz...zzzzzzzzzzzzz....
zzzzz..kroh kroh kroh.......

Monday, November 16, 2009

starting point..

ari ni aku blajo nak wat blog ni ngan art tea..kuang kuang
org lain dah lame berkecimpung dlm dunia blogger ni...
biasaalaaaa