Sunday, March 27, 2011

SABAR ITU INDAH...



Hari terasa panjang..
hati terasa berat..
hidup terasa sunyi..
NAMUN bila satu perasaan murni
menyapa..
satu suara kecil kedengaran berbisik..
SABAR...SABAR..SABAR..
hati seperti terpujuk..
merelakan dan meredhakan..




Wednesday, March 2, 2011

rendah diri..

hari ni bnyk pula n3..
dalam bnyk2 hari..hari ni dah kurang sibuknyer..
so boleh laa update blog yg berhabuk ini..
kali ni..nak share pasal konsep "rendah diri"
terbaca dalam satu web..
===============================================================
Rasa rendah diri (inferiority feeling) adalah satu bentuk kesedaran diri pada peringkat kognitif,

### di mana seseorang itu menyedari akan kekurangan yang ada,
tetapi tidak pula dibelenggu oleh penyesalan yang biasa timbul
daripada kekurangan itu.###

MALAH, kekurangan yang dimiliki itu pula bertindak sebagai satu inisiatif untuk menimbulkan motivasi dalaman bagi mencetuskan perubahan proaktif dan pencapaian positif.

Inilah yang seharusnya dipelajari bagi menjamin suasana kesihatan mental sempurna.

terpanggil utk menaip n3 kali ni adalah berdasarkan pengamatanku secara ujung2 ajer..
sbb pada firasat ramai yang confuse ttg rendah diri...

ada yang menyifatkan sebagai
satu yang negatif dan dibelenggu oleh sifat itu..



"Bagi yang berada di atas, tidak salah untuk bersikap rendah diri"
"Mengaku kesilapan diri bukan nya lemah tetapi ia memberi ruang untuk
memujuk hati agar bermuhasabah...akan kelemahan diri dan berusaha untuk memperbaiki...

====================================================================================

Student ku

Semester ni dah week 10...
diarah utk mengajar 3 subjects..
1. mechanics
2.mechanics of machine
and of course
3."industrial robotics" yg merupakan subject wajib utk diri ini,,,
=======================================================

n3 kali ni nak citer pasal student ku..
subtopic utk subjek mechanics ada about WORK POWER n ENERGY..
cikgi ni yang suci murni..ask student:

cikgi: ok guys, can u give me example types of ENERGY..

so.. ramai aaa jawab tenaga nuklear laa, elektrikal, mechanical..

dalam bnyk2 tenaga ni..ada sorang student tu "LELAKA"
cikgi tgk cam mengelamun aje..
so point to him..

Cikgi : ok you, apa lagi types of energy yg belom mentioned.
Student: err..err.. TENAGA BATIN madam...(sambil senyum2)..

halamakss....."how should i respond ni?" kataku dlm hati...

class dah bingit..semua gelak...
last2 cikgi ckp "mmm gud answer...tapi we not gonna learn that type of energy
for this semester"..."energy tu pending dulu ye"..."GERAM n nak tergelak pun ade"



Wednesday, February 23, 2011

Mencari redha Allah

...dah lama xbuka blog ini..
cuba membuat yang terbaik pada
amanah yg diberikan ALLAH..
"kerja dan cahaya mata"
hingga terlupa untuk
menjenguk blog ku ni...

pagi tadi menerima email en suami...
Alhamdulillah terima kasih kerna mengingatkan..
so nak share with all frenzz...
"untuk mendapat redha Allah, perlu mendapat redha dari en. suami"..
HOW???
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?

Menantu : Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.


Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.




Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?

Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).




Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.




Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.
Berpandukan sejarah tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.