Sunday, December 6, 2009

Tahajjud...


dah lama nak kongsi pasal ni...
dulu zaman blajar2 dulu ada juga buat..
skrg ni bila dah keja..life is changing from one phase to another...
too much duniawi stuffs...mmmmm....dah lama tinggalkan...
deep in heart ada juga azam nak buat..do it in istiqamah way..
but...bila nak start ni..
post ni i tulis to remind me and frennzzss..

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia:
1. Jauh daripada segala penyakit.
2. Lahir kesan takwa pada wajahnya.
3. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusiad.
4. Percakapannya mengandungi hikmat.
5. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat:
1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-serib.
2. Dipermudahkan hisab.
3. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilatd.
4. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

mmm..bila tgk benefits rasa rugi kann if we x buat...
how about start it over tonight...mmmmm..mmm....
insyaAllah...chayyo chayyo...

Thursday, November 19, 2009

Gout oh Gout


Pengenalan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.


  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
    Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout


  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi


Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:



  • Kegemukan

  • Darah tinggi

  • Hiperlipidemia

  • Diabetes


Rawatan



Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.



  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.

  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.


Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat

Tuesday, November 17, 2009

musim tengkujuh...

ari ni hujan mencurah2...
mata redup semacam aje..
lps lunch godaan tu x tertahan rasanyer..
taapi bila tgk kerja menimbun atas meja ni..
paper exam x marking lagi ni...ish ish..
alangkah bahagianyer andai ari ni
ari cuti..cuti merdeka ke cuti buruh ke
asalkan cuti...xder ler kena duk kat dlm opis nii..
tiba2 tringat selimut n bantal kat umah...
tiba2 plaks....mmmmm...mmmm..zzz...zzzzzzzzzzzzz....
zzzzz..kroh kroh kroh.......

Monday, November 16, 2009

starting point..

ari ni aku blajo nak wat blog ni ngan art tea..kuang kuang
org lain dah lame berkecimpung dlm dunia blogger ni...
biasaalaaaa