Wednesday, February 23, 2011

Mencari redha Allah

...dah lama xbuka blog ini..
cuba membuat yang terbaik pada
amanah yg diberikan ALLAH..
"kerja dan cahaya mata"
hingga terlupa untuk
menjenguk blog ku ni...

pagi tadi menerima email en suami...
Alhamdulillah terima kasih kerna mengingatkan..
so nak share with all frenzz...
"untuk mendapat redha Allah, perlu mendapat redha dari en. suami"..
HOW???
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?

Menantu : Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.


Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.




Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?

Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).




Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.




Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.
Berpandukan sejarah tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri solehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.



Thursday, November 18, 2010

aidiladha

ari ni cuti lagi sempena aidiladha...
danish tgh best tido...pinjam netbook
ayah ngah..dah lamaa xupdate blog...
dapat khabar gembira drpd kak...
nak dpt baby baru..insyaAllah bulan ogos
nanti deliver...hehehe tok ayah n tokwan
dpt cucu every year...
tahniah buat imam muda zharfan..dapat no.1
dlm kelass...

semalam umah tok ayah busy..org ramai kumpul
nk buat korban...5 ekor lembu tok ayah tumbang..
danish excited nk g tgk taapii..umi dia lak..
xberani so dr jauh aje tgk...sblm tu danish dah
buat site visit ngan ashu n pak su...hhuhuhuu..






Thursday, August 12, 2010

Marhaban Ya Ramadhan



Salam Ramadhan...pejam celik dah masuk ramadhan...



camne laa ramadhan tahun ini...


monday mlm danish xnak baring asyik nak dukung ajer..


sampai umi nak solat danish scream..



sbb umi letakkan danish..huhuuu..






umi : danish, danish baring ye..umi nak solat maghrib dah lewat ni sayang...



(bercakap sambil baringkan danish)



Danish: Uuuuwaaaaaaa...aaaaaaa..aaaaaaaa..AAAAAAAAA



umi : xnak laa camni..umi kn solat..nanti berdosa..alaaaaaaa,,,,kita muslim kn solat sayang,,






aku terus angkat takbir...tp danish tetap uuuwaaaaaaaaaaa...



setiap kali nak sujud aku akan pegang kaki dia..senyap kejap after that terus uwwaaaa...



mmm sampai umi siap solat.....






esok g kejaa...cite laa dekat kawan perihal danish semalam...



n barulah aku tau yang boleh dukung baby masa perform solat..



Alhamdulillah..Allah tunjuk kan ku jalan..sbb gusar juga camne nak handle



danish..aku xperlu gusar ramadhan ini..InsyaAllah terawih tahun ini lebih



bermakna..huhuhuu mungkin akan terjadi terawih bersama danish...






bercakap ttg ramadhan, i just got an email which can be shared..

Stay healthy...dun eat too much..

makan kurma bnyk skit boleh kekalkan tenaga..
























Thursday, August 5, 2010

TAHNIAH Buat sahabat..

This week rasa very tired..bdn rasa sakit2...
mgkin letih n x cukup rehat..mmm or
saja kompromi pd diri sendiri.. but
memang x laaaraaatt..uuwaaa..

lupakan pasal keletihan itu..sbb
rasa gembiraa..which tumpang gembira..the correct word...
my colllegue was appointed to be HOD...automatically my HOD..
hehhehheheee...
she deserve that sbb very commited to her works...
i believe she can do well with this new post...chayyo chayyo..




Wednesday, July 28, 2010

Adik bungsu ku dah kawenn..


















baru ari ni berkesempatan ( even majlis ni held during my confinement period which dah 3 bulan huhu..) nak coret memori majlis perkahwinan adik bongsu kami..ashu a.k.a adik mar a.k.a otte'....



dalam xsedar my lillte sister dah 25 tahun..

dan yang pasti abg ucop

yang jadi pilihan hati..setiaaa beb..cheewaaahhh...


Dark purple adalah kaler pilihan mempelai..huhuhu..


ni kira dah abih pk ni..ingat lagi...umi teman kan ashu cari butik



pengantin...masa tu pegnant kan danish 7+ months...


akhirnya jumpa baju ni..nice kaler..terus umi suruh ashu amik...


mmm tapi kami lupa tgk baju utk pengantin lelaki....aaiiseyy


bila ashu nak pg ukur size at that time dah very hampir tarikh majlis..


baju pengantin lelaki cuma size m aje..haarruuuu...tapi diorg ni cool..


take immediate action cr kain yang sama kaler n g tempah...kawen ari


sabtu, ari khamis (if not mistaken) baju br siap..huhuhu...daasaatt..


itu laa dugaan nk kawen..heheheee....mmm akhirnya dua2 pengantin look


stunning during their unforgettable day....RAJA SEHARI>>>










..........Umi doakan agar ashu beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat......



......b a wonderful wife to your husband....n remember toleransi dan hormat menghormati is very important.....dan semoga dapat zuriat yang ramai n soleh solehah..wakakakaaa...x sabar nak tgk ashu j.r lakss...












Tuesday, July 27, 2010

kembung perut


this week my lil' hero kurang ceria..
tdo pun xlena..xselesa..sian dia..
nak tdo kena ulit2 dulu..ngaji2..zikir2..
mayb letih travel last week..
perut lak kembung..so bila mlm
umi akan tukar baju, pakai barut, urut kaki,
labu betis nyer yg kiut n cinonit tu..
tapi umi lupa nak tuam..if tok wan tau
musti kena marah,,sbb buat penat aje tok wan buat tuam
utk danish umi x guna...hehe..sowy tok wan...


Tuesday, July 13, 2010

bahagia kah?


aku seakan terpanggil nk menaip pasal n3 ni...
aku believe every single makhluk nak bahagia hepi dlm hidup..betul x..
mmm...tapi pengukuran kebahagiaan itu terlalu subjective...bagi aku laa..
tidak wajar utk kita menilai kadar kebahagiaan hidup seseorang..
dan tidak wajar menjadikan kita sebagai guideline utk measure other's hapiness..
mmmm...i'm babling bcause ada seorg hamba Allah yg aku kenal suka mengukur
n membeza-beza happiness rate teman2nya...

sekiranya teman ber masalah usahlah digembar gemburkan masalah nya
dijadikan isu n modal ketika breakfast n di wall facebook..
sebaliknya be a trusted person n shoulder they can cry on..
ingatlah Allah menguji hambanya dalam bentuk yg berbeza2..not every person
deal with same ujian...langit tak selalu cerah..

usahlah mengukur kebahagiaan teman BUT sentiasalah berdoa utk kebahagiaan teman..

ok adiosss...nk lipat comforter yg br diangkat lak...